Misi Bantuan Banjir Johor

No Image Caption
A
A
A

Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin (dua, kiri) berkenan berangkat pada Majlis Pelepasan Konvoi Misi Bantuan Banjir Johor di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, hari ini.

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menghantar 12,000 kampit beras bernilai RM153,600 untuk diserahkan kepada Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi membantu mangsa banjir di negeri itu ketika ini.

Turut menyumbang ialah, lima syarikat korporat berupa 6,200 botol kicap dan sos, 2,000 paket mi segera, 1,200 paket kopi dan 1,224 botol air mineral dengan nilai keseluruhan sebanyak RM176,150. - Foto Bernama