PVATTBM mohon kerajaan beri elaun

Ismail (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama ahli PVATTBM yang hadir dalam Konvensyen Tahunan PVATTBM kali kelima di sini pada Sabtu.
Ismail (duduk, tiga dari kanan) bergambar bersama ahli PVATTBM yang hadir dalam Konvensyen Tahunan PVATTBM kali kelima di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen (PVATTBM) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian elaun kepada veteran tidak berpencen.

Presiden PVATTBM, Datuk Ismail Abidin berkata, pemberian elaun itu secara tidak langsung dapat membantu kebajikan serta meringankan beban bekas tentera tidak brpencen.

"PVATTBM sekali lagi memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian elaun tersebut, lebih 90 peratus ahli PVATTBM di bawah kategori B40, pemberian elaun tersebut dapat membantu meringankan beban mereka," katanya ketika ditemui pada perasmian Konvensyen Tahunan PVATTBM kali kelima di sini pada Sabtu.

Katanya, selain itu PVATTBM juga berharap kerajaan terus mengurniakan Pingat Jasa Malaysia kepada bekas tentera yang tidak berpencen bagi melayakkan mereka menerima elaun sebanyak RM500 sebulan.

"Saya telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, baru-baru ini untuk membincangkan perkara tersebut.

"Saya dimaklumkan beliau tidak boleh memberi kata putus, namun saya berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mempertimbangkan permohonan PVATTBM itu," katanya.