Remaja dikhuatiri lemas di Pantai Cempaka

Pasukan penyelamat melakukan rondaan di sepanjang pesisir Pantai Cempaka hingga ke Pantai Sepat bagi mengesan mangsa yang hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Pantai Cempaka di sini pada Jumaat.
Pasukan penyelamat melakukan rondaan di sepanjang pesisir Pantai Cempaka hingga ke Pantai Sepat bagi mengesan mangsa yang hilang dihanyutkan arus ketika mandi di Pantai Cempaka di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Seorang pelajar dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi bersama empat rakannya di Pantai Cempaka di sini pada petang Jumaat.

Mangsa yang hilang, Nazrul Aimi Shah Kamarul Bahri, 15 dari Taman Kempadang Perdana merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian itu, empat rakan mangsa masing-masing berusia 15 tahun selamat.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama rakan-rakannya datang ke pantai itu kira-kira jam 3.30 petang untuk mandi-manda.

"Semasa sedang mandi di tepi pantai, mereka dipercayai telah dipukul ombak dan hanyutkan arus ke kawasan yang agak dalam.

"Empat rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai manakala mangsa didapati hilang.

"Mangsa yang selamat meminta bantuan dari penduduk berhampiran sebelum kejadian dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk bantuan mencari dan menyelamat," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata, susulan maklumat ditera, operasi mencari dan menyelamat (SAR)!telah digerakkan melibatkan pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pasukan Polis Marin dan Agensi Pengiatkuasaan Maritim Malaysian (Maritim Malaysia).

"Penugasan SAR bertumpu kepada rondaan di sepanjang pesisir Pantai Cempaka hingga ke Pantai Sepat memandangkan penggunaan bot penyelamat tidak begitu sesuai memandangkan keadaan angin kencang dan ombak tinggi di kawasan pesisir," jelasnya.

Beliau berkata, operasi SAR mangsa yang hilang diteruskan pada pagi Sabtu.