eRacing GP, Royal Selangor hangatkan lumba motor simulasi

Alex Yoong (kanan) tekad mengembalikan era kegemilangan Litar Shah Alam kepada generasi muda melalui sukan permotoran simulasi.
Alex Yoong (kanan) tekad mengembalikan era kegemilangan Litar Shah Alam kepada generasi muda melalui sukan permotoran simulasi.
A
A
A

ROYAL Selangor dan Axle Sports memperbaharui kerjasama dengan eRacing GP apabila akan memperkenalkan empat litar terkenal di Malaysia kepada pelumba muda sukan simulator dari pelbagai negara pada edisi musim pertama.

Perlumbaan Global Edition 11: Malaysian Playground membuka tirai dengan menyaksikan lebih 90 pelumba simulator dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Brunei, Australia, United Kingdom dan Filipina berentap di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 Februari lalu.

Antara litar ikonik ialah para pelumba akan beraksi di litar Shah Alam atau lebih dikenali dengan litar Batu Tiga Shah Alam yang pasti menggamit memori pencinta sukan permotoran di pusingan kedua.

Sebuah litar sepanjang 3.5 km ini pernah menjadi tumpuan orang ramai serta menjadi tuan rumah pelbagai acara permotoran seperti perlumbaan motosikal berkuasa tinggi termasuk kereta lumba lagenda Kumpulan C pada tahun 1980-an.

“Kita ingin memperkenalkan pelumba muda dari pelbagai negara tentang sejarah sukan permotoran yang dahulunya menjadi suatu kebanggaan untuk kita. Dengan harapan supaya pelumba generasi muda ini menghargai peristiwa-peristiwa bersejarah dalam sukan permotoran di Malaysia”, ujar bekas pemandu Formula 1 Malaysia Alex Yoong, yang juga merupakan pengasas Axle Sports, Alex Yoong.

Baki pusingan perlumbaan akan diumumkan sebelum bermulanya dua pusingan akhir bagi mengekalkan elemen kejutan seperti Edisi Global sebelum ini.

Perlumbaan Axle Sports memberikan petanda bahawa pusingan seterusnya akan membawa semula sebuah litar yang menjadi tumpuan tahun 80-an lalu pada kejohanan pertama GP di Malaysia.

“Kami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif dalam mendidik, mendorong serta memyediakan platform terbaik kepada pelumba sukan simulator generasi muda. Semoga berjaya kami ucapkan kepada mereka,” kata Pengarah Urusan Royal Selangor, Yong Yoon Li.

Global Edition 11: Malaysian Playground menyaksikan perlumbaan simulator berubah dari Perlumbaan RaceRoom Experience kepada platform perlumbaan Assetto Corsa Competizione.

Pusingan kedua dan ketiga akan berlangsung pada 10 dan 24 Mac dengan aksi final dijadualkan pada 7 April.

Pelumba di Kelas Emas dan Perak akan bersaing di dalam Jordan 191 dan Kelas Gangsa dan Tembaga akan beraksi di dalam Taatus FA010.

Royal Selangor juga bekerjasama dengan Axle Sports dalam Endurance Edition yang menyajikan saingan perlumbaan dalam litar terkemuka dunia pada 1 April yang menyaksikan cabaran 4 hingga ke 8 jam perlumbaan.

Pemenang bagi setiap kategori akan menerima sebuah trofi yang direka khas Royal Selangor, edisi tahun keempat kerjasama antara Royal Selangor dan Axle Sports.

Untuk maklumat lanjut, sila layari mengenai eRacing GP, anda boleh melayari laman sesawang mereka di www.eracing-gp.com atau laman rasmi sosial media.