Pemimpin PN tiba di Pusat Tarbiyah Pas untuk solat hajat

Hamzah dan Mohd Radzi tiba di Pusat Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar di Kuala Lumpur bagi menunaikan solat hajat perdana.
Hamzah dan Mohd Radzi tiba di Pusat Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar di Kuala Lumpur bagi menunaikan solat hajat perdana.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) mula tiba di Pusat Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar di Kuala Lumpur bagi menunaikan solat hajat perdana.

Antara yang dilihat hadir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Sebelum itu, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan tiba di pusat tersebut sekitar jam 7 petang.

Majlis solat hajat perdana anjuran Pas itu adalah sebagai reaksi terhadap pendakwaan yang berlaku terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin pembangkang.

Muhyiddin dilapor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana awam Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Beliau berdepan dengan beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23 SPRM 2009, Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada aktiviti haram (AMLATFPUAA) 2001.