Jambatan Bailey dibuka untuk kenderaan ringan hari ini

Jambatan Bailey di jalan masuk Perwira Jaya dan Selancar, Rompin sudah mula beroperasi pada Selasa.
Jambatan Bailey di jalan masuk Perwira Jaya dan Selancar, Rompin sudah mula beroperasi pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Jambatan Panel Keluli Bermodular (Jambatan Bailey) di jalan masuk Perwira Jaya dan Selancar, Rompin sudah mula beroperasi pada Selasa.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu kenyataan yang dikongsikan melalui Facebook memaklumkan laluan satu lorong itu sudah dibuka untuk semua jenis kenderaan ringan tidak melebihi muatan 40 tan.

Menurutnya, kenderaan berat yang melebihi muatan di larang sama sekali melalui jambatan itu.

“Laluan ini dibuka bagi akses keluar dan masuk ke Jalan Kuantan – Segamat serta laluan ke Jalan Selancar Redong.

“Sila patuhi papan tanda dan arahan yang telah disediakan. Kerjasama daripada semua pihak terutamanya pengguna jalan raya amat diharapkan bagi keselesaan semua," kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, pihaknya JKR turut mengeluarkan notis makluman kepada orang ramai dan mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi JKR Daerah Rompin di talian 09-414 5040.