Sila log masuk terlebih dahulu.

Town Hall Rakyat platform terbaik menteri

A
A
A
BERITA SEMASA 7 MAC 2023 Program Town Hall Rakyat bersama Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran hampir 300 pengunjung ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor semalam. Program julung kali dianjurkan Sinar Harian itu melibatkan sesi soal jawab antara Fahmi dan penonton yang hadir menbincangkan segala isu antaranya kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi dan keselamatan siber. Menurut Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli program ini menjadi salah satu platform untuk mempertemukan pemimpin dan rakyat sekaligus menyuarakan segala isu berkaitan keperluan semasa. Muzik: Elevate dari www.bensound.com#BeritaSemasa #SinarHarian