Usaha cari MH370 diteruskan jika ada maklumat baharu - Anthony

Kerajaan tidak pernah melupakan tragedi kehilangan pesawat MH370 walaupun sudah sembilan tahun ia berlaku. (Gambar dalam : Anthony)
Kerajaan tidak pernah melupakan tragedi kehilangan pesawat MH370 walaupun sudah sembilan tahun ia berlaku. (Gambar dalam : Anthony)
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pengangkutan memaklumkan operasi pencarian bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 akan dijalankan semula sekiranya terdapat bukti baharu ditemui.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan tidak pernah melupakan tragedi tersebut walaupun sudah beberapa tahun ia berlaku.

“Pada 8 Mac ini, genaplah sembilan tahun tragedi kehilangan pesawat MH370. Kepada keluarga 239 penumpang dan anak kapal yang hilang, rasa simpati yang dicurahkan tidak akan mampu mengubati kesedihan dan keperitan kalian akibat kehilangan tersebut.

“Meskipun begitu, seluruh rakyat Malaysia akan sentiasa bersama kalian dalam berkongsi beratnya tribulasi ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada 8 Mac 2014, pesawat MH370 meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing namun hilang daripada radar kira-kira dua jam setelah berlepas.

Susulan itu, operasi mencari secara besar-besaran membabitkan beberapa negara dijalankan di selatan Lautan Hindi namun pesawat atau bangkainya tidak ditemukan.