Sila log masuk terlebih dahulu.

Peniaga terpaksa naik harga sayur, ikan

A
A
A

BERITA SEMASA 4 MAC 2023

Orang ramai terutamanya golongan peniaga di pasar, mengakui terpaksa menaikkan harga jualan masing-masing, susulan peningkatan harga daripada pihak pembekal ketika ini, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Borong Pandan, Johor Bharu, Johor, mendapati rata-rata peniaga mengakui memang berlaku sedikit kenaikan bagi harga barangan basah seperti ikan, ayam, daging termasuk sayur-sayuran ketika ini.

Bagi peniaga ikan, Muhammad Syukri Salle Huddin, kenaikan itu disebabkan bekalan yang agak terhad daripada pembekal akibat cuaca hujan berterusan kebelakangan ini, terutamanya bagi beberapa jenis ikan.

Artikel: https://bit.ly/3LdCBJV

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian