Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua lelaki Myanmar berdepan hukuman mati

A
A
A
BERITA SEMASA 3 MAC 2023

Dua lelaki warga Myanmar berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan selepas didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang lelaki bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Suamillah Zulkifli.

Tertuduh, Yan Mai dan Maung Piaw yang kedua-dua berusia 19 tahun itu merupakan pekerja buruh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret V Vanita.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didapati membunuh Low Seng Poh, 44, pada 18 Februari 2023 antara jam lebih kurang 12.15 tengah malam hingga 2 pagi di kebun buah naga, Tanah Merah Site A di Port Dickson.

Artikel: https://bit.ly/3EUxfPI

#BeritaSemasa #SinarHarian