Banjir: Kelantan sumbang RM50,000 kepada Johor

Kerajaan Kelantan menyumbangkan RM50,000 bagi membantu rakyat Johor yang sedang diuji dengan musibah banjir ketika ini.
Kerajaan Kelantan menyumbangkan RM50,000 bagi membantu rakyat Johor yang sedang diuji dengan musibah banjir ketika ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyumbangkan RM50,000 bagi membantu rakyat Johor yang sedang diuji dengan musibah banjir ketika ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan meluahkan rasa bersimpati atas kejadian banjir yang berlaku di negeri tersebut.

"Sebagai tanda kebersamaan, kami bersetuju menyalurkan sumbangan ini bagi meringankan beban mangsa banjir di sana.

"Semoga ALLAH memudahkan urusan dan memberikan ketabahan kepada semua mangsa yang terjejas," katanya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat setakat jam 8 pagi dengan mencatatkan seramai 25,213 mangsa daripada 7,013 keluarga yang kini berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di kesemua 10 daerah di negeri ini.