Pilihan raya Turkiye berlangsung pada 14 Mei

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. - AFP
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan. - AFP
A
A
A

ISTANBUL - Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menolak sebarang penangguhan dalam pilihan raya selepas gempa bumi dahsyat pada Februari dan berkata pengundian akan diadakan pada 14 Mei depan.

"Rakyat Turkiye akan melakukan apa yang perlu pada 14 Mei depan," katanya kepada Ahli Parlimen di Ankara.

Sebelum ini, pemimpin Turkiye itu mencadangkan agar pilihan raya diadakan pada 14 Mei bagi mengekalkan pemerintahannya sehingga 2028.

Tetapi, selepas gempa bumi besar yang mengorbankan 45,000 orang di Turkiye, terdapat kebimbangan sama ada proses pengundian boleh diteruskan seperti dirancang.

Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 13 wilayah dilanda gempa bumi.

Bagaimanapun, beberapa wilayah masih digegarkan dengan gempa bumi kuat yang sekali gus menyukarkan proses berkempen. - AFP