LHDN beri jaminan data MyTax selamat, dilindungi

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menafikan wujud kebocoran data pembayar cukai yang mampu dicapai dengan mudah melalui platform MyTax.

Sebaliknya, LHDN menegaskan, kerahsiaan data pembayar cukai di platform berkenaan adalah selamat dan terjamin kerana ia dilindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

"LHDN amat memandang serius berkenaan isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan yang tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh LHDN dalam urusan pentadbiran percukaian.

"Oleh yang demikian, LHDN akan terus berusaha menambahbaik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif dan telus bagi menangani isu ini,"katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kenyataan itu susulan dakwaan isu kebocoran data pembayar cukai yang tular di platform media sosial

Antara dakwaan yang diterima ialah segala maklumat peribadi pembayar cukai boleh dicapai dengan mudah melalui platform MyTax.