Mesyuarat pertama Majlis Ulama UMNO petang ini

Tangkap layar kenyataan berkaitan Mesyuarat tertinggi pertama MUU yang akan dipengerusikan Dusuki Ahmad (kanan) selaku Pengerusi MUU. Gambar kanan: Dusuki
Tangkap layar kenyataan berkaitan Mesyuarat tertinggi pertama MUU yang akan dipengerusikan Dusuki Ahmad (kanan) selaku Pengerusi MUU. Gambar kanan: Dusuki
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Ulama UMNO (MUU) akan mengadakan mesyuarat tertinggi pertama di Bangunan Dato’ Onn, WTC, Kuala Lumpur pada jam 3 petang ini.

Menerusi satu hebahan media, mesyuarat dijangka berlangsung selama dua jam itu akan dipengerusikan Datuk Dusuki Ahmad selaku Pengerusi MUU.

Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada skop tugasan dan peranan majlis ulama serta hala tuju dan perancangan strategik 2023 hingga 2024.

Satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat berkenaan.

Pada 13 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri memaklumkan penubuhan MUU adalah untuk menjadi cerminan kesediaan parti menjalin kerjasama bukan sahaja dalam kalangan rakan gabungan parti tetapi juga badan bukan kerajaan lain.

Jelas beliau, Pengerusi MUU turut dibantu oleh bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali bagi menerajui majlis berkenaan.