Pemburuan trofi Newcastle masih jauh

Howe. Foto AFP
Howe. Foto AFP
A
A
A

NEWCASTLE United terus berputih mata untuk menamatkan kemarau 68 tahun tanpa trofi domestik setelah tewas 0-2 kepada Manchester United dalam aksi final Piala Liga di Stadium Wembley awal pagi Isnin.

Masih panjang pengembaraan skuad Magpies dan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk merangkul gelaran.

Peminat melihat skuad yang dibimbing Eddie Howe berada di landasan terbaik, namun jurulatih itu mengakui perjalanan mereka masih panjang.

“Ia adalah satu proses. Kami mahu berada di sini secara tetap. Masih jauh untuk menjadi pasukan yang kami inginkan,” ujar Howe.

Sejak muncul juara Piala FA 68 tahun lalu, Newcastle tiga kali muncul naib juara di kejohanan itu dan sekarang tumpas buat kali kedua di final Piala Liga.

Pada aksi itu, jaringan Casemiro pada minit ke-33 diikuti ledakan Marcus Rashford tujuh minit kemudian membolehkan United memenangi Piala Liga keenam sekali gus menamatkan penantian untuk merangkul trofi tersebut sejak 1983.

Newcastle cuba melawan dengan baik pada babak kedua tetapi ketajaman di depan gawang berjaya dikawal dengan baik oleh United.

“Biarpun boleh berbangga dengan prestasi pemain tetapi kami tidak cukup klinikal. Pemain telah memberikan segala-galanya,” ujar Howe.