Akhbar AS boikot komik Dilbert

Antara episod dalam siri komik Dilbert yang pernah disiarkan dalam akhbar di AS. - Agensi
Antara episod dalam siri komik Dilbert yang pernah disiarkan dalam akhbar di AS. - Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Sebahagian besar akhbar di Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk tidak lagi menerbitkan siri komik Dilbert sebagai tanda protes terhadap kenyataan berbaur perkauman penciptanya, Scott Adams.

Adams pada minggu lalu menggelar komuniti kulit hitam sebagai 'kumpulan pembenci' yang perlu dihindari oleh masyarakat kulit putih.

Rangkaian USA Today yang mengendalikan ratusan akhbar di seluruh AS berkata, ia tidak lagi menerbit dan menyiarkan komik Dilbert.

Penyunting The Plain Dealer yang berpangkalan di Ohio, Chris Quinn pula berkata, ia bukanlah keputusan yang sukar untuk menggugurkan siri komik tersebut.

The Washington Post turut menggugurkan Dilbert dengan siaran terakhir komik tersebut diterbitkan pada Ahad.

Siri komik Dilbert yang menyindir pekerja kolar putih telah menaikkan nama Adams pada 1990-an. - AFP