Duplantis cipta rekod baharu dunia

Duplantis meraikan kejayaan mencipta rekod baharu dunia dengan catatan 6.22m. - Foto AFP
Duplantis meraikan kejayaan mencipta rekod baharu dunia dengan catatan 6.22m. - Foto AFP
A
A
A

ATLET lompat bergalah Sweden, Armand Duplantis yang mencipta rekod baharu dunia dengan catatan 6.22 meter dalam kejohanan dalam dewan All-Star Perche di Clermont-Ferrand, Perancis, menyifatkannya sebagai pengalaman luar biasa.

Duplantis berstatus juara Olimpik memperbaharui rekodnya sendiri 6.21m diciptanya ketika memenangi gelaran dunia di Oregon tahun lalu mencatatkan rekod baharu pada percubaan ketiganya.

“Ada sesuatu yang amat menggembirakan saya sekarang. Saya benar-benar fikir ia adalah kerana

Renaud Lavillenie (pemenang pingat emas lompat bergalah Olimpik 2012). Dia sangat bermakna sejak saya mulakan karier ini.

“Jadi ia sesuatu yang luar biasa apabila berjaya memecahkan rekod dunia dalam pertandingan anjurannya dan kampung halamannya,” kata Duplantis.