Keselamatan Potter, keluarga terancam

Potter (kiri) berasa keselamatan diri dan keluarga terancam. - Foto AFP
Potter (kiri) berasa keselamatan diri dan keluarga terancam. - Foto AFP
A
A
A

KEMEROSOTAN prestasi Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) mengundang risiko apabila keselamatan pengendalinya, Graham Potter dan keluarganya terancam.

Pengurus berusia 48 tahun itu pada Sabtu mendedahkan menerima emel daripada akaun tidak dikenali yang mengancam diri dan keluarga.

Hujung minggu lalu, The Blues mempamerkan aksi layu setelah tewas 0-1 kepada Southampton di laman sendiri.

Chelsea ketika ini berada di pertengahan liga dengan kedudukan ke-10 dan hanya menang dua daripada 14 aksi terakhir mereka.

Penyokong meminta Potter dipecat selepas kalah kepada Southampton selain serangan secara peribadi di media sosial juga kian meningkat.

"Anda boleh tanya keluarga saya bagaimana kehidupan kami sekeluarga. Kami tidak selesa. Saya faham penyokong marah kerana pasukan tidak menang," katanya.

Keadaan lebih membimbangkan Potter apabila ancaman dihantar terus kepada bekas pengendali Brighton itu yang menggantikan Thomas Tuchel pada September.

"Saya menerima sebahagian emel yang tidak begitu bagus yang mahukan saya dan anak-anak mati.

"Jika anda ditanya selama empat bulan sama ada anda dalam tekanan kerana (media) perlu menjual sesuatu. Apa yang anda perlu jangkakan, pada penghujungnya?

"Anda tahu pasti ada masalah apabila alamat emel ia dihantar ialah dari 'Potter bastard at Gmail dot com'," katanya.

Biarpun menerima ancaman itu, Potter cuba bersikap positif menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur pada jam 9.30 malam Ahad.

"Saya mahu berjaya di sini. Ada sesuatu yang tidak masuk akal (diberitahu) yang saya tidak peduli.

"Dari mana ia datang? Apa bukti anda? Tanya keluarga saya. Orang ada persepsi bahawa saya tidak peduli - ia berdasarkan apa? Bagaimana anda tahu?" katanya.

"Jika anda pergi kerja dan ada seseorang mengeji anda, ia tidak menjadi sesuatu yang bagus," ujar Potter.