Had pelaburan ASB, ASB 2 dinaikkan kepada RM300,000

Had pelaburan individu bagi ASB dan ASB 2 akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.
Had pelaburan individu bagi ASB dan ASB 2 akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia sebanyak RM5 bilion.

"Langkah ini bertepatan dengan usaha kerajaan dalam menyokong peningkatan ekuiti dalam kalangan Bumiputera," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat. - Bernama