Ustaz Azhar Idrus tiada tauliah mengajar agama di Selangor

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kanan: Shahzihan.)
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kanan: Shahzihan.)
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membatalkan kuliah magrib Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong yang dijadualkan pada Ahad susulan penceramah popular itu tidak mempunyai tauliah mengajar agama di Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan itu tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor.

"Semua individu yang mengajar tentang agama di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

"Pihak masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan media JAIS susulan pembatalan kuliah maghrjb UAI.
Kenyataan media JAIS susulan pembatalan kuliah maghrjb UAI.

Pada Jumaat, UAI menerusi kemas kini di Facebook rasmi memohon maaf susulan kuliah maghrib di masjid tersebut dibatalkan atas kuasa JAIS.

"Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda," tulis pengendali Facebook berkenaan.