Jenazah tokoh pemikir Islam Mohd Kamal selamat dikebumikan

Sebahagian daripada sahabat handai yang hadir menyaksikan perjalanan terakhir Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Bangi pada Khamis.
Sebahagian daripada sahabat handai yang hadir menyaksikan perjalanan terakhir Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Bangi pada Khamis.
A
A
A

BANGI - Jenazah tokoh pemikir Islam, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan selamat dikebumikan sekitar jam 11:40 pagi di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Bangi pada Khamis.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham dimandikan, dikafankan dan disolatkan di Surau Al-Mawaddah, Bandar Baru Bangi.

Antara yang hadir menyaksikan perjalanan akhir Allahyarham Mohd Kamal ialah Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Bersama Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak dan kakitangan UAIM.

Ratusan orang hadir bagi menziarahi dan memberikan penghormatan terakhir kepada bekas rektor UIAM.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 80 tahun disebabkan komplikasi berkait rapat dengan prosedur surgeri di Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang pada jam 2.30 pagi pada Khamis.