Sila log masuk terlebih dahulu.

Smart SBB mampu capai sasaran beras negara

22 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 22 FEBRUARI 2023

Pelaksanaan program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) bakal membantu negara mencapai sasaran Tahap Sara Diri (SSL) beras dalam beberapa tahun akan datang, menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata sehingga kini, pelaksanaan program itu melibatkan kerjasama 27 syarikat peneraju yang terdiri daripada pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), koperasi pesawah dan syarikat swasta dengan keluasan kawasan lebih 11,000 hektar di seluruh negara serta melibatkan kira-kira 5,000 peserta program.

Dengan sambutan penyertaan pesawah yang semakin memberangsangkan dan peningkatan hasil daripada pesawah sehingga mencapai 180 peratus, ia jelas menunjukkan pelaksanaan program ini berada pada landasan yang betul dan mampu mencapai kesemua sasaran yang telah digariskan.

Mohamad berkata program Smart SBB telah diperkenalkan kerajaan pada Februari 2021 dengan sasaran pelaksanaan program seluas 150,000 hektar kawasan bertanam dan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan metrik per hektar.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian