Steven Spielberg julang anugerah 'Golden Bear' di Berlin

Steven Spielberg menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat ‘Golden Bear’ di festival filem antarabangsa Berlin pada Selasa. - Foto Reuters
Steven Spielberg menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat ‘Golden Bear’ di festival filem antarabangsa Berlin pada Selasa. - Foto Reuters
A
A
A
BERLIN - Pengarah terkenal Steven Spielberg menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat ‘Golden Bear’ di festival filem antarabangsa Berlin pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Anugerah itu disampaikan penyanyi kumpulan rock Ireland U2, Bono yang menyifatkan Spielberg sebagai "antara aset terbesar Hollywood".

"Malam ini, penganugerahan ‘Golden Bear’ terhadap Steven Spielberg adalah pilihan tepat.

"Pencapaian sepanjang hayatnya bukan hanya mengenai kerjaya tetapi membabitkan kehidupan dan keluarganya yang sebenar," kata Bono ketika majlis anugerah itu.

‘Golden Bear’ juga pernah dianugerahkan kepada Dustin Hoffman, Kirk Douglas dan Meryl Streep.

Spielberg, 75, terkenal dengan filem Hollywoodnya termasuk "ET," "Indiana Jones," "Jurassic Park" dan "Jaws."

Filem terbaharunya "The Fabelmans" adalah berdasarkan kisah sebenar zaman kanak-kanaknya dengan berlatar belakang Amerika selepas perang.

Filem yang dibintangi Paul Dano dan Michelle Williams itu menerima pujian yang meluas, meraih penghargaan tertinggi dan memenangi Anugerah Golden Globes dan Critics Choice Award 2023.

Ia juga menerima tujuh pencalonan Anugerah Akademi, termasuk filem terbaik di Oscar. - Bernama