Ratusan ribu ringgit lesap sekelip mata dalam akaun bank

No Image Caption
A
A
A

Kes 1

Seorang pemilik restoran di Johor Bahru menanggung kerugian apabila simpanan dalam bank berjumlah RM55,020 lesap dalam tempoh kurang 24 jam melalui 16 transaksi pemindahan wang kepada individu tidak dikenali pada 10 Februari 2022.

Chen Phang Yee, 41, berkata, pada 11 Februari lalu dia mendapati akaun simpanan miliknya disekat dan apabila menghubungi pihak bank dia dimaklum akaun banknya bermasalah.

Katanya, dia ke cawangan bank berkenaan di Permas Jaya, bagi mendapatkan penjelasan sebelum terkejut dimaklumkan bahawa baki dalam akaun simpanannya berkurangan RM55,020 menerusi transaksi sebanyak 16 kali.

Kes 2

Dua beranak di Bentong kehilangan duit simpanan mereka dalam akaun bank keseluruhan berjumlah hampir RM12,000 selepas mendakwa menekan satu pautan iklan kerja berkaitan perkhidmatan mencuci rumah.

Nurul Azilawati Abu Khalid, 34, kerugian RM500 manakala ibunya, Habsah Johari, 53, kehilangan wang simpanan sebanyak RM11,300 pada 18 Ogos 2022.

Dua kes berkenaan adalah antara ratusan kes duit lesap daripada akaun angkara penjenayah siber yang semakin licik menggunakan teknologi terkini.

Siapa yang tak termenung, sedih dan marah apabila duit yang disimpan hasil titik peluh sendiri akhirnya dirompak secara terancang oleh penjenayah di alam maya itu.

Rentetan daripada beratus-ratus kesan kehilangan wang dalam akaun sama ada disebabkan jenayah penipuan atau rompakan siber, ramai pemegang akaun bank mula risau dengan simpanan mereka dalam institusi kewangan di negara ini.

Sebab itulah para pelanggan kena sentiasa berhati-hati dengan sebarang kemungkinan berlakukan penipuan atau scam ke atas akaun bank masing-masing. Orang ramai perlu peka dengan segala modus operandi penipuan yang telah banyak dikongsi sama ada oleh media massa mahupun masyarakat umum. Sebagai contoh, jangan mudah klik pautan yang anda ragui terutamanya yang meminta anda memasukkan butiran perbankan seperti kata nama dan kata laluan kononnya untuk menuntut hadiah atau ganjaran yang menarik.

Salah satu lagi cara yang berkesan untuk tidak mudah ditipu oleh penjenayah siber ini adalah sentiasa merujuk kepada institusi kewangan anda jika merasakan ada suatu transaksi yang meragukan.

Oleh itu, bagi menjamin tahap keselamatan simpanan para pelanggan mereka, Malayan Banking Bhd (Maybank) seiring dengan Bank Negara Malaysia yang mengutamakan aspek keselamatan memperkenalkan ciri keselamatan terbaharu yang dikenali sebagai 'Kill Switch'.

No Image Caption

Kill Switch membolehkan para pelanggan menyahaktif secara terus akses Maybank2u melalui aplikasi MAE dan laman web Maybank2u dengan segera hanya melalui prosedur mudah jika merasakan bahawa mereka adalah mangsa penipuan dalam talian.

Kemudahan yang memberi jaminan keselamatan tambahan terbaik kepada para pelanggan Maybank telah diperkenalkan pada 28 Jan 2023. Ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bank tersebut bagi meningkatkan keselamatan serta menangani penipuan dalam talian.

Maybank menjelaskan ciri 'Kill Switch' itu cukup mudah untuk digunakan dan selepas dimulakan prosedur itu, pelanggan akan didaftar keluar secara automatik daripada semua sesi dalam talian yang aktif di aplikasi MAE, M2U MY dan laman sesawang Maybank2u..

Atas faktor keselamatan, ketika tempoh penyahaktifan itu, pelanggan tidak dapat daftar masuk ke dalam Maybank2u dan pengaktifan semula hanya boleh dilakukan selepas pengesahan yang berjaya melalui cawangan Maybank yang berdekatan atau hubungi talian Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank (1300-88-6688).

Ini juga akan menghalang penjenayah siber sama ada penipu atau 'scammer' atau daripada mengakses Maybank2u atau aplikasi MAE untuk melakukan aliran keluar dana selanjutnya.

*Namun diingatkan bahawa pelanggan hanya perlu menggunakan fungsi Kill Switch ini jika mereka mengesyaki bahawa mereka telah ditipu oleh scammer sahaja.

Tapi pasti ada pelanggan yang akan tertanya-tanya bagaimanakah mereka ingin mengeluarkan wang tunai sekiranya Maybank2u sudah dinyahaktifkan? Hal ini tidak perlu dibimbangi kerana pelanggan masih boleh mengeluarkan wang tunai daripada mesin juruwang automatik (ATM) dan membuat pembelian menggunakan kad debit atau kredit fizikal Maybank mereka.

Bagaimanapun, bagi terus menjamin keselamatan pelanggan, pengeluaran tunai tanpa kad dan tanpa sentuh tidak dibenarkan pada masa tersebut kerana memerlukan pelanggan untuk daftar masuk ke dalam Maybank2u.

Cara-cara menggunakan Kill Switch di Maybank2u

Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my

No Image Caption

Langkah 2: Pergi ke SETTINGS

No Image Caption

Langkah 3: Klik SECURITYdan pilih Kill Switch

No Image Caption

Langkah 4: Di bawah Deactivate M2U Access, klik DEACTIVATE

No Image Caption

Langkah 5: Baca terma dan klik PROCEED

No Image Caption

Langkah 6: Klik CONFIRMuntuk teruskan, prosedur KILL SWITCH anda sudah LENGKAP

No Image Caption

Pengenalan Kill Switch ini menunjukkan Maybank sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan sekuriti pelanggannya bagi perbankan dalam talian dan ini terbukti dengan penambahbaikan yang kerap pada sistemnya.

Menerusi pengenalan ciri-ciri 'Kill Switch' itu, pelanggan boleh mengambil alih dan melindungi dana mereka secara proaktif daripada sebarang kejadian tidak diingini serta mengurangkan jumlah kerugian sebelum siasatan bank dan pihak berkuasa selesai.

Dengan peningkatan bilangan kes yang melibatkan penipuan dalam talian, tanggungjawab untuk mencegah perlakuan jenayah siber itu sudah menjadi keutamaan bersama dan bukan hanya terletak kepada pihak institusi kewangan sahaja.

Maybank sentiasa berusaha untuk memperkenalkan pelbagai langkah keselamatan lanjutan untuk mencegah dan mengurangkan penipuan dalam talian, namun akhirnya terpulang kepada orang ramai dan pelanggan untuk memainkan peranan dalam melindungi diri mereka secara berterusan. dengan memastikan butiran perbankan peribadi mereka disimpan selamat dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga.

Sebab itulah, aspek ingat mengingati, didikan dalam keluarga dan kepekaan antara rakan-rakan menjadi nadi penting untuk kita semua sentiasa berwaspada supaya tidak terjerat dengan macam-macam taktik penipuan dalam talian seperti tidak mengakses mana-mana pautan yang tidak diketahui.

Selain daripada itu, langkah terbaharu Maybank itu dilakukan melalui penambahbaikan ciri keselamatan sedia ada dalam Maybank2u dan lebih banyak langkah lain yang akan dilancarkan bagi membantu pelanggan meminimumkan kerugian mereka.

Langkah-langkah menggunakan Kill Switch melalui aplikasi MAE

Langkah 1: Buka aplikasi MAE dan tekan More

No Image Caption

Langkah 2: Tekan Kill Switch

No Image Caption

Langkah 3: Pilih Deactivate M2U Access

No Image Caption

Langkah 4: Baca terma dan tekan Deactivate Now

No Image Caption

Langkah 5: Tekan Confirm untuk teruskan

No Image Caption

Maybank perkenalkan Secure2U sejak 2017 untuk menjamin keselamatan akaun pelanggan

Macam-macam inisiatif sudah dilaksanakan oleh Maybank sebelum ini, termasuk melancarkan talian hotline khusus untuk pelanggan melaporkan aktiviti penipuan, pemindahan daripada SMS TAC ke Secure2u (S2U) dalam MAE dan mengehadkan penggunaan S2U kepada hanya satu peranti.

Malah Maybank turut memperkenalkan tempoh pengaktifan 12 jam untuk pengaktifan S2u pada aplikasi MAE buat kali pertama; atau mengaktifkan S2u pada aplikasi MAE pada peranti lain yang membantu menghalang kelulusan transaksi tanpa kebenaran. Dalam kedua-dua keadaan, pelanggan akan menerima Push Notification, SMS dan emel, untuk memberitahu mereka bahawa pengaktifan Secure2u anda sedang diproses. Sila ambil perhatian bahawa pelanggan hanya boleh menggunakan Secure2u untuk meluluskan transaksi selepas 12 jam.

Dengan langkah keselamatan tambahan ini, Maybank amat menggalakkan anda untuk beralih kepada aplikasi MAE dan menjadikannya aplikasi pilihan anda untuk melakukan semua transaksi dalam talian. Ia tersedia untuk dimuat turun di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Maybank pertama kali memperkenalkan S2U pada April 2017 sebagai kaedah pengesahan lebih selamat. Ia akan menguatkuasakan sepenuhnya kemudahan itu pada aplikasi MAE bagi semua aktiviti atau transaksi dalam talian berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran serta perubahan pada maklumat peribadi dan tetapan akaun menjelang Jun 2023.

Jika anda mengesyaki berlaku aktiviti mencurigakan terhadap akaun bank anda, cepat-cepat hubungi talian Cegah Penipuan Maybank di nombor 03-58914744 yang beroperasi 24 jam dan 7 hari seminggu, atau hubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 (8am-8pm).

Para pelanggan Maybank boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kill Switch ini dengan klik pautan berikut: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/digital_banking/kill-switch.page

Jika orang ramai berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Maybank, anda boleh ke laman sesawang rasmi Maybank: www.maybank2u.com.my

Atau ada boleh juga melawat laman rasmi media sosial Maybank iaitu www.facebook.com/Maybank ; YouTube:@MyMaybank dan Instagram@MyMaybank