Sila log masuk terlebih dahulu.

Bayi 3 bulan selamat dalam runtuhan di Turkiye

21 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 21 FEBRUARI 2023

Borhan Sattouf selayaknya digelar bayi ajaib pada abad ini kerana terselamat dalam runtuhan gempa bumi berukuran 7.8 magnitud yang meragut lebih 40,000 mangsa.

Lebih menakjubkan tiada kecederaan hinggap dibadannya bayi yang kematian ibu itu.

Ketika kejadian gempa bumi 6 Februari lalu, Borhan terselamat selepas ibunya, Battul Assyarif, menjadi pelindung buatnya daripada dihempap dinding dan siling batu yang runtuh.

Sinar Harian bersama NGO Syria Care dan Task Emergency Medical Service sempat mengunjung8i keluarga malang itu bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi termasuk di Syria.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank Sinar Karangkraf Sdn Bhd, 564276-529068.

Ikuti laporan wartawan Sinar Harian, NURUL RIDUAN NOR ASHAHA yang berada di Turkiye.

Artikel: https://bit.ly/41fIdca

Music: Around the Sun (Ziv Moran feat Oren Tsor) by Artlist.io

#SinarHarian #SinarTerkini #GempaBumiTurkiye #GempaBumiSyria #SAR