Kerajaan teliti Insurans Rahmah

Muka depan akhbar Sinar Harian pada Isnin.
Muka depan akhbar Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan akan mempertimbang saranan supaya golongan belia diberikan perlindungan takaful dan insurans mampu milik atau Insurans Rahmah serendah RM50 dengan manfaat lebih kompetitif bagi memastikan keselamatan dan kebajikan golongan itu dilindungi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, saranan itu seiring dengan hasrat kerajaan yang mahu memperluas inisiatif Rahmah kepada sektor perbankan dan insurans.

“Saya bercadang selepas tamat sesi sidang Parlimen, saya akan segera buat satu sesi libat urus dengan pihak insurans dan bank untuk membincangkan tentang pakej atau skim insurans yang bagaimana akan diperkenalkan termasuk kepada golongan belia dan orang muda hari ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Baca berita selanjutnya di Sinar Premium.