Jersi baharu, aksi kena padu

Pemain KDA FC yang mengayakan jersi pasukan itu bagi musim 2023 pada majlis pelancaran di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu.
Pemain KDA FC yang mengayakan jersi pasukan itu bagi musim 2023 pada majlis pelancaran di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada Sabtu.
A
A
A

KEMEGAHAN majlis pelancaran jersi baharu setiap pasukan perlu setanding dengan persembahan mantap para pemain ketika turun beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bermula 24 Februari ini.

Pengulas sukan, Zainal Abidin Rawop berkata, peminat dan penyokong setiap kelab menagih aksi padu skuad kesayangan mereka untuk memburu kejuaraan dan membawa pulang trofi kebanggaan mereka.

Zainal Abidin Rawop
Zainal Abidin Rawop

“Apa yang diharapkan daripada pelancaran jersi ini bukan setakat gah pada satu hari sahaja kemudian terus merudum dan merosot persembahan mereka.

“Apa yang mereka pamerkan dengan megah pada hari pelancaran sama juga yang diharapkan oleh para penonton dan peminat setiap pasukan supaya mereka juga dapat bermain dengan penuh kemegahan memberi persembahan yg mantap pada setiap perlawanan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Perak FC terlebih dahulu memperkenalkan jersi baharu pada 13 Januari dan kemudian diikuti oleh Selangor FC pada 28 Januari.

Majlis pelancaran jersi Kuching City FC dibuat pada Jumaat, Johor Darul Ta'zim (JDT), Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Sabah FC pula pada Sabtu.

Jersi baharu Kuching City FC. - Foto FB Kuching City FC
Jersi baharu Kuching City FC. - Foto FB Kuching City FC

Negeri Sembilan FC dan Kelantan FC pula memperkenalkan jersi baharu mereka pada Ahad.

Menonjolkan identiti, imej dan lambang tertentu menerusi lakaran jersi yang menarik serta megah bagi menarik rasa megah serta gerun pasukan lawan.

“Kadang-kala jersi itu menawan cukup menarik tetapi corak permainan hambar dan tak melambangkan identiti jersi itu,” ujar Zainal Abidin.

Juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor FC tampil dengan kelainan jersi yang direka khas buat penyokong itu menjadikan Stadium Shah Alam sebagai sumber inspirasi utama dalam mengabadikan segala sejarah dan memori indah sepanjang 28 tahun kewujudan gelanggang keramat itu.

Jersi Selangor FC. - Foto FC Selangor FC
Jersi Selangor FC. - Foto FC Selangor FC

JDT pula gah dengan jersi baharu mereka apabila mengekalkan identiti bendera Johor iaitu merah biru dengan menggunakan corak 'camouflage'.

Bagi Terengganu FC (TFC) pula menggunakan warna keramat hitam putih dengan mengetengahkan konsep 'kubu kuat' iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang sukar untuk ditewaskan oleh mana-mana pasukan bertandang ke stadium berkenaan.

Jersi Terengganu FC. - Foto FB Terengganu FC
Jersi Terengganu FC. - Foto FB Terengganu FC

Mengulas makna jersi bagi setiap pasukan apabila saban tahun menggantikannya dengan persalinan baharu, Zainal Abidin berkata kerana ia melambangkan kebanggaan dan kemegahan bagi setiap kelab.

“Semua liga di seluruh dunia menggunakan konsep sama sebab ini sebahagian daripada pemasaran mereka. Jadi tak salah kalau kelab Liga-M mengambil pendekatan serupa,” katanya.