Sila log masuk terlebih dahulu.

Bin Zayed mahu Kedah beri saingan Liga-M

19 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 19 FEBRUARI 2023

Kedah Darul Aman (KDA) FC mendapat suntikan motivasi yang tinggi apabila menerima tajaan antarabangsa daripada Bin Zayed International bagi mengharungi cabaran sengit pada saingan Liga Malaysia 2023, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Pemiliknya, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, sokongan dari syarikat gergasi yang berpangkalan di Dubai diharapkan mampu merealisasikan hasrat pengurusan kelab untuk melihat skuad kendalian Nafuzi Zain muncul empat pasukan terbaik Liga Super pada musim ini.

Menurutnya, Ketua Pegawai Eksekutif Bin Zayed International telah menyatakan bahawa ingin melihat KDA FC muncul satu pasukan yang boleh memberi saingan kepada semua pasukan dalam Liga Malaysia.

Artikel: https://bit.ly/3S8qUFG

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian