KPM tidak iktiraf UEC

Fadhlina
Fadhlina
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga kini tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM tidak melihat isu berbangkit tentang perkara itu sebagai keutamaan.

Katanya, pendirian itu berlandaskan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan dan peruntukan Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] yang sentiasa menjadi pegangan KPM.

"KPM hanya menyalurkan peruntukan kepada kategori institusi pendidikan kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.