Tuntutan Sulu: Petronas akan terus pertahan kedudukan

Petronas menegaskan bahawa tuntutan oleh waris kumpulan Sulu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang.
Petronas menegaskan bahawa tuntutan oleh waris kumpulan Sulu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada Jumaat menegaskan bahawa tuntutan oleh waris kumpulan Sulu terhadap dua anak syarikatnya di Luxembourg (Luxcos) sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukannya di sisi undang-undang.

"Kesemua usaha kini menumpukan kepada Prosiding Pengesahan yang mana mahkamah akan menentukan merit tuntutan dan Luxcos mempunyai hak untuk pembelaan,” kata syarikat minyak dan gas negara itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media mengenai tindakan Mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu ke atas dua anak syarikat Petronas itu pada minggu ini.

Laporan agensi berita Reuters bertarikh 16 Februari dengan tajuk ‘Petronas units in Luxembourg seized again in AS$15 billion arbitration dispute,’ yang menyatakan bahawa bailif mahkamah Luxembourg mengeluarkan perintah sitaan baharu bagi unit terbabit, minggu ini.

Ini susulan tuntutan daripada waris Kumpulan Sulu yang yang memohon untuk menguatkuasakan anugerah AS$15 bilion mereka peroleh terhadap Malaysia, demikian menurut peguam waris terbabit serta dokumen mahkamah yang dilihat oleh Reuters. - Bernama