Kotak coklat Forrest Gump dilelong hampir RM110,000

Filem Forrest Gump yang dibintangi Tom Hanks (gambar) memenangi enam Anugerah Akademi pada 1995 termasuk filem terbaik, pengarah terbaik, dan pelakon terbaik. - Foto IMDB
Filem Forrest Gump yang dibintangi Tom Hanks (gambar) memenangi enam Anugerah Akademi pada 1995 termasuk filem terbaik, pengarah terbaik, dan pelakon terbaik. - Foto IMDB
A
A
A

LONDON - Kotak coklat terkenal Tom Hanks dalam filem Forrest Gump 1994 dilelong pada harga US$25,000 (RM109,612.50).

Francais Amerika, Ripley's Believe It or Not!, membida prop terkenal itu tepat pada masanya sempena Hari Valentine pada 14 Februari, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Kotak itu ditandatangani oleh Hanks, manakala beratnya dianggarkan sekitar 23 auns dan pernah diisi dengan empat auns pasir supaya ia tidak jatuh dari pangkuan pelakon semasa penggambaran.

Filem ini memenangi enam Anugerah Akademi pada 1995 termasuk filem terbaik, pengarah terbaik, dan pelakon terbaik untuk Hanks.

Ia mencatat kutipan US$678 juta (RM3 bilion)di seluruh dunia semasa tayangan awalnya.

Satu lagi barang yang diperoleh oleh Ripley ialah buku nota peribadi milik pengurus Beatles Brian Epstein.

Buku ini memaparkan alamat dan nombor telefon kumpulan itu, serta Sir Mick Jagger. - Bernama