Dua mangsa diselamatkan selepas 189 jam gempa bumi Turkiye

Jumlah kematian akibat gempa bumi itu melebihi 31,500 di Turkiye manakala di Syria, jumlah korban cecah 8,500. Foto EPA
Jumlah kematian akibat gempa bumi itu melebihi 31,500 di Turkiye manakala di Syria, jumlah korban cecah 8,500. Foto EPA
A
A
A

ANKARA - Dua orang diselamatkan daripada runtuhan di Turkiye selepas 198 jam gempa bumi dahsyat melanda tenggara negara itu, lapor Sputnik, memetik media Turkiye pada Selasa.

Menurut penyiar TRT Haber, mereka diselamatkan di wilayah Kahramanmaras yang merupakan pusat gempa bumi itu.

Pada 6 Februari, sebahagian Turkiye dan Syria dilanda beberapa siri gempa bumi kuat dan gegaran susulan.

Jumlah kematian akibat gempa bumi itu melebihi 31,500 di Turkiye manakala di Syria, Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan jumlah korban seramai 8,500 dengan Kementerian Kesihatan Syria berkata angka kematian di kawasan yang dikawal kerajaan melebihi 1,410 orang. - Bernama