Gara-gara cemburu, 'Mat Pet' pukul isteri

Seorang 'Mat Pet' dipercayai bertindak memukul isterinya yang berusia 28 tahun di rumah mereka di Kampung Banggol Pak Esah di sini pada Ahad. - Gambar hiasan
Seorang 'Mat Pet' dipercayai bertindak memukul isterinya yang berusia 28 tahun di rumah mereka di Kampung Banggol Pak Esah di sini pada Ahad. - Gambar hiasan
A
A
A

PASIR PUTEH - Gara-gara cemburu, seorang 'Mat Pet' dipercayai bertindak memukul isterinya yang berusia 28 tahun di rumah mereka di Kampung Banggol Pak Esah di sini pada Ahad.

Suspek berusia 35 tahun itu dikatakan mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa mengalami kecederaan pada kepala dan leher.

"Wanita itu menerima rawatan pesakit luar di Hospital Tengku Anis sebelum membuat laporan polis di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Pasir Puteh pada jam 1.16 tengah hari kerana bimbang dengan keselamatan dirinya,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai empat rekod lampau berkait kes dadah.

Ujarnya, lelaki terbabit direman selama empat hari bermula Isnin dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18 Akta Keganasan Rumah Tangga.