Piala MFL: Peluang pemain muda menyinar

Penang FC menyasarkan untuk layak ke pusingan suku akhir Piala MFL musim ini.
Penang FC menyasarkan untuk layak ke pusingan suku akhir Piala MFL musim ini.
A
A
A

PENGENALAN Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bakal memberikan peluang kepada pemain bawah 23 tahun (B-23) untuk menyinar.

Pengendali pasukan B-23 Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata, pemain muda akan mendapat peluang secukupnya selain memberikan banyak nilai tambah kepada pasukan muda kebangsaan.

"Piala MFL diwujukan untuk pemain B-23 dan semua sedia maklum untuk pertandingan B-23 di peringkat kebangsaan ada kelayakan Olimpik, Piala AFF dan Sukan SEA.

"Sebelum ini mungkin pemain tidak diberi peluang kerana kepercayaan lebih diberikan kepada pemain senior di Liga Super atau Liga Perdana.

"Jadi, ini peluang untuk pemain muda memberikan aksi terbaik dan ini juga peluang mereka untuk dipih mewakili pasukan kebangsaan," katanya.

Akmal Rizal
Akmal Rizal

Piala MFL melibatkan 15 pasukan termasuk Skuad Projek FAM-MSN dengan saingan akan dipecahkan kepada dua kumpulan.

Kumpulan A memperlihatkan lapan pasukan bakal bersaing iaitu Skuad Projek FAM-MSN, PDRM FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC, Johor Darul Ta’zim II (JDT II), Terengganu FC II, Sabah FC dan Kelantan United FC.

Sementara itu baki tujuh lagi pasukan membabitkan Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Perak FC II, Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC, Kuching City FC dan Kelantan FC akan bermain di Kumpulan B.

Dalam pada itu, Akmal Rizal menyasarkan pasukannya untuk mara ke pusingan suku akhir dalam aksi yang akan bermula 2 Mac depan.

"Kalau ikutkan undian memang agak seimbang kedua-dua kumpulan. Untuk kumpulan A sendiri pastinya pasukan pilihan adalah JDT II, Kedah, Terengganu FC II dan Sabah yang saya rasa akan jadi pencabar terkuat," katanya.