Mayat pemandu lori ditemui terapung

No Image Caption
A
A
A

KUALA LANGAT - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Langat berhampiran Kampung Labohan Dagang, Bukit Changgang di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, laporan berhubung kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 12.15 tengah hari.

"Siasatan mendapati mayat merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 28 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori.

"Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang memancing di lokasi terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati tiada kecederaan dikesan pada bahagian tubuh badan mangsa dan beberapa dokumen pengenalan diri mangsa turut ditemui.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian sebenar dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.