Sila log masuk terlebih dahulu.

Anak nekad redah asap tebal selamatkan ibu

11 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 11 FEBRUARI 2023

Tindakan nekad seorang lelaki meredah asap tebal berjaya menyelamatkan nyawa ibunya dalam kebakaran melibatkan enam kedai di Jalan Ulu Dedap, Taman Malinja, Kampong Gajah, Perak pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Tindakan pantas Muhamad Rafi Uddin Ramli yang berusia 27 tahun itu berjaya menyelamatkan nyawa ibunya, Zainun Ishak setelah kedai runcit mereka terbakar sekitar jam 8.45 malam.

Menurutnya, kebakaran itu berlaku dalam sekelip mata hingga tidak sempat menyelamatkan beberapa barang penting.

Artikel: https://bit.ly/3HVxafh

#BeritaSemasa #SinarHarian