280 pemilik Ducati konvoi ke Kuantan bersama Michele Pirro

Pelepasan konvoi anjuran Panigale Kingdom ke Kuantan.
Pelepasan konvoi anjuran Panigale Kingdom ke Kuantan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 280 pemilik Ducati Panigale mencipta kenangan manis berkonvoi diiringi penunggang ujian MotoGP Ducati, Michele Pio Pirro ke Kuantan dalam Perhimpunan Terbesar Panigale 2023 bertempat di Madani Bikes di sini pada Sabtu.

Jawatankuasa penganjur, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, program anjuran Panigale Kingdom bermula dengan acara ramah mesra pemilik-pemilik Ducati Panigale bersama Pirro sebelum konvoi bertemu dengan pemilik-pemilik Panigale di Zenith Hotel, Kuantan.

Nasir bersama Pirro pada sesi ramah mesra anjuran Panigale Kingdom.
Nasir bersama Pirro pada sesi ramah mesra anjuran Panigale Kingdom.

Menurutnya, acara pembuka tirai 2023 itu turut mendapat sokongan daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman.

“Panigale Kingdom amat bertuah dengan kehadiran Michele Pio Pirro dan kesudian beliau untuk sama-sama menunggang bersama kami ke Kuantan. Bukan mudah untuk mana-mana kelab motor mendapat pengalaman sebegini.

"Acara hari ini merupakan permulaan yang baik bagi kelab kami dan akan ada pelbagai lagi acara menarik yang telah kami susun sepanjang tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pemilik Ducati Panigale yang hadir pada perhimpunan Perhimpunan Terbesar Panigale 2023 bertempat di Madani Bikes pada Sabtu.
Pemilik Ducati Panigale yang hadir pada perhimpunan Perhimpunan Terbesar Panigale 2023 bertempat di Madani Bikes pada Sabtu.

Michele Pio Pirro merupakan pelumba dari Itali dan pernah menjadi Juara Kebangsaan CIV Itali pada tahun 2007 dan 2008 dalam kelas Superstock dan kini merupakan penunggang ujian untuk perlumbaan MotoGP bagi pasukan Ducati.

Beliau juga pernah bertanding dalam perlumbaan motosikal Grand Prix dan Kejohanan Dunia Supersport.