Program RMT akan ditambah baik - Fadhlina

Fadhlina ketika membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat bagi melihat sendiri menu RMT yang disediakan pihak kantin sekolah. - Foto Facebook Fadhlina Sidek
Fadhlina ketika membuat lawatan ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat bagi melihat sendiri menu RMT yang disediakan pihak kantin sekolah. - Foto Facebook Fadhlina Sidek
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) memberi keutamaan untuk menangani kemiskinan malnutrisi dihadapi kanak-kanak sekolah yang mampu memberi kesan kepada teras pertumbuhan fizikal dan kognitif mereka.

Menteri berkenaan, Fadhlina Sidek berkata, KPM sentiasa berusaha ke arah penambahbaikan program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dari semasa ke semasa bagi tujuan itu.

"Menjadi harapan KPM dan dalam unjuran belanjawan negara di masa hadapan, aspek nutrisi dan pemakanan sihat untuk kanak-kanak menjadi keutamaan dalam pembinaan negara Madani,” katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Sabtu.

Dalam hantaran berkenaan, beliau turut berkongsi lawatannya ke Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat bagi melihat sendiri menu RMT yang disediakan pihak kantin sekolah.

Ia turut disertai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar dan pegawai nutrisi. - Bernama