Bezecchi ungguli hari pertama ujian pramusim MotoGP 2023

Bezzecchi beraksi pada sesi Ujian Pra Musim MotoGP 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. Foto Bernama
Bezzecchi beraksi pada sesi Ujian Pra Musim MotoGP 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PELUMBA Mooney VR46 Racing Team, Marco Bezecchi memulakan hari pertama ujian pramusim sejuk MotoGP 2023 dengan cemerlang apabila memecah rekod pusingan terpantas di Litar Sepang hari ini.

Pelumba berusia 24 tahun dari Itali itu mencatat masa satu minit 58.470 saat pada pusingan ke-54 daripada keseluruhan 55 pusingan.

Mengulas mengenai sesi hari ini, Bezecchi menyifatkan prestasinya itu sebagai permulaan yang baik dan berazam untuk mengekalkan momentumnya sepanjang musim ini.

Marco Bezzecchi. Foto Bernama
Marco Bezzecchi. Foto Bernama

"Persembahan peribadi yang bagus untuk saya, saya fikir sangat baik untuk melihat nama berada di atas tapi ini baru hari pertama, jadi kami perlu tenang, kekal fokus dan teruskan berusaha kerana ada musim yang panjang.

"Perbezaan jentera tidak terlalu besar tapi yang utama saya boleh menggunakan potensi jentera dengan baik, tidak banyak beza tapi lebih baik,” katanya pada sidang media.

Sementara itu, pelumba Aprilia Racing Maverick Vinales menduduki tempat kedua dengan catatan 1:58.60s manakala pelumba Ducati Lenovo Team Enea Bastianini di tempat ketiga dengan melakukan 1:58.732s.

Ujian pramusim sejuk di Sepang akan bersambung 10 pagi hingga 6 petang esok, sebelum berakhir pada Ahad. - Bernama