Selepas DJ, KJ nak jadi ahli muzik?

Hantaran yang dikongsikan Khairy Jamaluddin.
Hantaran yang dikongsikan Khairy Jamaluddin.
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas mengesahkan bakal menjadi penyampai radio bermula pada minggu hadapan, bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin itu turut memuat naik satu gambar lain beliau sedang bermain muzik di media sosialnya.

Melalui hantaran tersebut, bekas Ahli Parlimen Rembau itu dilihat sedang 'jamming' dengan memetik gitar bersama ahli muzik lain.

'Jamming' tersebut diadakan di dalam sebuah studio muzik.

Khairy Jamaluddin berkongsikan perkara tersebut menerusi hantaran poster di Instagram stories dengan kapsyen 'what's next? (apa seterusnya).

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, selepas tidak menyandang sebarang jawatan dalam parti politik dan kerajaan, Khairy Jamaluddin bakal memulakan tugas sebagai penyampai di stesen radio HotFM bermula Rabu depan.

Media Prima Audio (MPA) dalam kenyataan memaklumkan, bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan mengendalikan segmen Bekfest HOT bersama rakan penyampai lain iaitu Johan, Fara Fauzana dan AG.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, stesen radio tersebut mengambil peluang untuk menawarkan Khairy sebagai penyampai radio sebagai usaha untuk memastikan pengisian dan kandungan segmen berkenaan lebih segar dan relevan kepada pendengar.