Gempa bumi landa Timur Indonesia, empat terbunuh

Orang ramai berdiri di atas bumbung kedai yang runtuh di pelabuhan selepas gempa bumi melanda. - Foto AFP
Orang ramai berdiri di atas bumbung kedai yang runtuh di pelabuhan selepas gempa bumi melanda. - Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - Empat orang terbunuh dan beberapa rumah serta bangunan musnah selepas gempa bumi berukuran 5.4 pada skala Richter menggegarkan wilayah timur Papua pada Khamis, kata seorang pegawai agensi bencana.

"Gegaran kuat dirasai di sini. Rumah, restoran dan bangunan rosak. Empat orang terkorban... Kami sedang menjalankan penilaian risiko gempa itu," kata pengurus pusat kawalan operasi untuk agensi pengurusan dan mitigasi bencana wilayah Jonathan Koirewoa ketika dihubungi Xinhua.

Agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara melaporkan gempa bumi itu berlaku pada 13.28 malam waktu tempatan (0628 GMT) dengan pusat gempa terletak satu kilometer barat daya wilayah Papua ibu negara Jayapura dengan kedalaman 10km.

Gempa bumi itu tidak berpotensi mencetuskan tsunami.

Beberapa gegaran susulan turut direkodkan. - Bernama.