Mustahil untuk siap sedia hadapi gempa bumi kuat - Erdogan

Erdogan berikrar akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa rakyatnya. - Foto Reuters
Erdogan berikrar akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa rakyatnya. - Foto Reuters
A
A
A

ANKARA - Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata, adalah mustahil untuk bersiap sedia menghadapi malapetaka seperti gempa bumi kuat yang melanda negara itu pada Isnin yang mengorbankan lebih 9,000 orang, namun berikrar akan berusaha sedaya-upaya untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

"Ada kekurangan... Mustahil untuk bersedia menghadapi bencana besar seperti itu.

"Kami tidak akan meninggalkan mana-mana rakyat kami tanpa pengawasan. Kami akan melaksanakan pengurusan bencana dengan mengambil setiap langkah yang perlu supaya tiada siapa yang menderita," kata Erdogan kepada pemberita di wilayah selatan Hatay, lapor Xinhua.

Angka kematian akibat gempa bumi di selatan Türkiye kini meningkat kepada lebih 12,000 dengan 62,914 cedera.

"Ini adalah masa untuk perpaduan, penyatuan. Dalam keadaan sekarang, saya tidak boleh menerima kempen negatif untuk kepentingan politik semata-mata," kata Erdogan menjawab tuduhan bahawa kerajaannya gagal menangani bencana itu.

Erdogan berkata, setakat ini 3,356 orang terbunuh di Hatay, lokasi yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi daripada 10 wilayah di negara itu yang dilanda gempa bumi.

Seramai 21,200 penyelamat termasuk anggota tentera dan polis bertugas di wilayah itu, katanya. - Bernama.