Dua kedai jual alat ganti kereta terbakar

Kerja memadamkan api di Jalan 1, Taman Tanjong Karang Baru malam tadi membabitkan kedai menjual alat ganti kereta.
Kerja memadamkan api di Jalan 1, Taman Tanjong Karang Baru malam tadi membabitkan kedai menjual alat ganti kereta.
A
A
A

TANJONG KARANG – Dua unit kedai dua tingkat yang menjual alat ganti kereta di Jalan 1, Taman Tanjong Karang Baru, di sini musnah dalam satu kebakaran, malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.39 malam itu, orang ramai yang melalui jalan terbabit menyedari kepulan asap dari dalam kedai sebelum menghubungi pihak bomba untuk bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba Azmi Abbas berkata, pihaknya terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan.

Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 3.07 pagi tadi.
Api berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 3.07 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi dengan jarak dua kilometer, kami mendapati kebakaran melibatkan dua unit kedai dua tingkat kelas A dengan anggaran keluasan 44x80 kaki persegi.

“Seramai tujuh anggota bomba BBP Tanjong Karang dibantu 12 anggota BBP Sekinchan, 11 anggota BBP Kuala Selangor, dua anggota ‘water tanker’ BBP Sungai Besar dan 14 anggota bomba sukarela Sekinchan serta Pasir Penambang,” katanya.

Katanya yang juga komander operasi, anggota BBP Tanjong Karang berjaya memadamkan kebakaran menggunakan kaedah receo dengan satu aliran 200 kaki, dua nozel, satu ‘dividing breaching’ pam jentera air pili bomba.

Artikel Berkaitan:

Anggota BBP Tanjong Karang dibantu BBP Sekinchan, Kuala Selangor, Sungai Besar dan sukarelawan bomba Sekinchan dan Pasir Penambang bagi memadamkan kebakaran dua unit kedai dua tingkat, malam tadi.
Anggota BBP Tanjong Karang dibantu BBP Sekinchan, Kuala Selangor, Sungai Besar dan sukarelawan bomba Sekinchan dan Pasir Penambang bagi memadamkan kebakaran dua unit kedai dua tingkat, malam tadi.

“Anggota BBP Sekinchan memberi bantuan dengan dua aliran 300 kaki, tiga nozel, satu ‘dividing breaching’ pam jentera air pili bomba terbabit manakala BBP Kuala Selangor menggunakan dua aliran 300 kaki, tiga nozel, satu dividing breaching pam jentera air pili bomba sehingga api padam sepenuhnya.

“Api berjaya dikawal pada jam 9.49 malam dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 3.07 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya yang turut memaklumkan punca dan kerugian masih dalam siasatan.