'Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa'

Mesut merenung ke arah kejauhan dengan pandangan kosong sambil memegang tangan mayat anaknya yang dihimpit antara dua kepingan konkrit. - Agensi
Mesut merenung ke arah kejauhan dengan pandangan kosong sambil memegang tangan mayat anaknya yang dihimpit antara dua kepingan konkrit. - Agensi
A
A
A

ANTAKYA - Visual yang sangat menyayat hati dirakam di Kahramanmaras, selatan Turkiye berhampiran pusat gempa bumi menunjukkan seorang bapa memegang tangan anak perempuannya yang sudah meninggal dunia dalam sisa runtuhan bangunan kediaman mereka.

Anak perempuan Mesut Hancer, Irmak yang berusia 15 tahun terkorban apabila rumah mereka runtuh.

Dalam imej yang sangat menyedihkan itu, Mesut kelihatan duduk di hadapan sisa runtuhan bangunan berkenaan sambil berterusan memegang tangan Irmak yang berada di antara kepingan konkrit.

Konkrit tersebut menimpa di atas tilam tempat tidur anaknya semasa kejadian berlaku pada awal pagi Isnin lalu.

Gempa bumi kuat yang pertama berukuran 7.8 pada skala Richter melanda pada jam 4.17 pagi (waktu tempatan ketika ramai penduduk sedang nyenyak tidur.

Gegaran tersebut meranapkan ratusan bangunan tinggi dan terburuk sejak 1939. - Agensi