Anwar ucap selamat bertugas buat pasukan SMART di Turkiye

Pasukan SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) selamat tiba di Turkiye pada 11 pagi (waktu Malaysia) bagi menyertai misi SAR di wilayah terjejas bencana gempa bumi. - Foto FB Anwar Ibrahim

A
A
A
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang dihantar ke Turkiye untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Menerusi catatan di Facebook, beliau turut mendoakan semoga usaha pasukan berkenaan dipermudahkan.

Pada Selasa, pasukan berkenaan yang dianggotai anggota SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) selamat tiba di Turkiye pada 11 pagi (waktu Malaysia) bagi menyertai misi SAR di wilayah terjejas bencana gempa bumi.

Pada awal pagi Isnin, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda daerah Pazarcik di wilayah Kahrananmaras dan menggegarkan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adiyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay serta Kilis.

Menurut laporan media, setakat Selasa tragedi itu telah meragut lebih 5,000 nyawa di Turkiye dan Syria. - Bernama