Video tular burung berkelakuan pelik sebelum gempa bumi

Video tular sebelum kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria. - Agensi
Video tular sebelum kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria. - Agensi
A
A
A

ISTANBUL - Satu video tular menunjukkan sekawanan burung yang berterbangan serta berkelakuan pelik beberapa saat sebelum gempa bumi besar berukuran 7.8 magnitud melanda Turkiye dan Syria, lapor portal Sputnik.

Video berdurasi 45 saat yang dirakam pada pagi Isnin telah disiarkan stesen televisyen OsintTV menerusi Twitter, menunjukkan ratusan ekor burung membuat bunyi bising dan terbang bertempiaran di langit manakala sebahagian lagi hinggap di pokok.

Siaran tersebut mencetuskan debat dalam kalangan netizen yang merasakan keadaan pelik sebelum bencana gempa bumi berlaku.

Beberapa orang mengulas bagaimana burung tersebut dan haiwan dapat merasakan bahaya dan sebahagian lagi mempersoalkan kesahihan video tersebut.

Ketika ini, jumlah kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria telah mencecah lebih 3,400 orang selepas beberapa siri gempa berlaku pada Isnin dan Selasa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata bahawa jumlah kematian mungkin mencecah 20,000 orang. - Agensi