Sila log masuk terlebih dahulu.

Ada pihak guna akaun Najib buat jenayah: Saksi

07 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 7 FEBRUARI 2023

Seorang bekas Pengurus Perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur hari ini, bahawa dia terkejut ada pihak menggunakan akaun bank Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan pengubahan wang haram, lapor wartawan Sinar Harian Noor Azlida Alimin.

Joanna Yu Ging Ping, berkata demikian dalam prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram, dana 1MDB membabitkan bekas Perdana Menteri itu.

Semasa sesi soal balas oleh peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi pendakwaan ke-41 iaitu Joanna Yu Ging Ping, berkata, kebiasaannya, Bank Negara Malaysia akan mengambil maklum mengenai akaun seorang Perdana Menteri termasuk transaksi yang berlaku kerana ia diklasifikasikan sebagai sensitif.

Peguam itu kemudiannya mencadangkan, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low telah menggunakan kod nama seperti 'pai Amerika' bagi mata wang dolar (USD) manakala 'sate' untuk Ringgit Malaysia dalam urusan melibatkan akaun bank bekas perdana menteri itu.

Artikel: https://bit.ly/3RL06v2

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Najib #Rosmah