Gempa bumi Turkiye: Poland hantar bomba, anjing pengesan

Kakitangan kecemasan mencari mangsa di tapak bangunan yang runtuh selepas gempa bumi menggegarkan di Diyarbakir, tenggara Turkiye. - Foto EPA
Kakitangan kecemasan mencari mangsa di tapak bangunan yang runtuh selepas gempa bumi menggegarkan di Diyarbakir, tenggara Turkiye. - Foto EPA
A
A
A

LONDON - Poland pada Isnin mengumumkan sepasukan 76 anggota bomba dan lapan anjing pengesan akan dihantar ke Turkiye bagi membantu usaha menyelamat selepas gempa bumi kuat menggegarkan wilayah selatan negara itu.

"Kami telah menerima pengesahan rasmi berhubung penerimaan bantuan kami,” kata Menteri Dalam Negeri, Mariusz Kaminski menerusi ciapan di Twitter.

Sekurang-kurangnya 2,921 orang terbunuh manakala 15,834 lagi cedera di 10 wilayah Türkiye akibat dua gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatan negara itu setakat ini, lapor Agensi Anadolu.

Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter menggegarkan Kahramanmaras awal pagi Isnin dan beberapa wilayah lain termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.

Gempa susulan berukuran 7.6 pada skala Richter pada 13.24 petang (1024GMT) waktu tempatan turut melanda wilayah itu pada hari sama. - Bernama