Lima penduduk Palestin dibunuh tentera Israel

Tentera Israel melakukan rondaan di Tebing Barat, Palestin. - Foto Agensi
Tentera Israel melakukan rondaan di Tebing Barat, Palestin. - Foto Agensi
A
A
A

JERICHO - Tentera Israel membunuh lima lelaki Palestin semasa serbuan di Tebing Barat, selepas beberapa hari melakukan pencarian individu yang didakwa melakukan serangan bersenjata dekat Jericho.

Kumpulan Hamas mengesahkan pejuangnya antara yang maut dalam serbuan tersebut semasa berbalas tembakan dengan tentera rejim zionis di Tebing Barat.

Serbuan pada awal pagi berlaku di tengah-tengah peningkatan keganasan Israel-Palestin dan sehari selepas pihak berkuasa menggambarkan sebagai 'kepungan' di bandar tersebut sejak insiden serangann pada hujung bulan lepas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, lelaki tersebut telah dibunuh oleh ejen dari agensi keselamatan Shin Bet dan askar.

"Tentera Israel membanteras lima daripada penyerang di mana dua daripadanya melancarkan serangan pada 28 Januari lalu," katanya.

Seorang pegawai keselamatan Israel yang enggan nama disiarkan memberitahu AFP bahawa tentera Israel 'menahan' mayat lelaki Palestin itu.

Difahamkan, kedua-dua negara menggunakan mayat yang terbunuh dalam pertempuran atau serangan sebagai alat tawar menawar sepanjang konflik berlaku. - AFP