Pegasus Airline batal lebih 200 penerbangan di Istanbul

Penerbangan domestik dan antarabangsa ke beberapa bandar yang dijadualkan pada 6-7 Februari dibatalkan akibat salji tebal di Istanbul. - Foto: Reuters
Penerbangan domestik dan antarabangsa ke beberapa bandar yang dijadualkan pada 6-7 Februari dibatalkan akibat salji tebal di Istanbul. - Foto: Reuters
A
A
A

ISTANBUL - Syarikat penerbangan Turkiye Pegasus Airlines membatalkan lebih 200 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen susulan salji tebal melanda bandar itu.

Berdasarkan senarai yang diperoleh Sputnik, penerbangan domestik dan antarabangsa ke beberapa bandar yang dijadualkan pada 6-7 Februari dibatalkan.

Selain itu, sebanyak 170 lagi penerbangan telah dibatalkan oleh Turkish Airlines pada Isnin (152 dijadualkan ke Lapangan Terbang Istanbul dan 18 ke Lapangan Terbang Sabiha Gokcen).

Sesi persekolahan di Istanbul dan Ankara telah dibatalkan pada Isnin akibat salji tebal. - Bernama